Saturday, 27 October 2012

Selami Jozan


SELAMI JOZAN?

Salam semua...teman sebenarnya tak berniat nak buat post pun petang ni...tapi ada permintaan jadi teman tunaikan..hehe..Semua maklum tadi disiarkan rancangan Selami Jiwa Fazilah Kamsah dengan tetamu istimewa JOZAN..mmg sepanjang hari TL teman full dengan tweet pasal ni...termasuk teman pun ada tweet sekali..hehe..(PS: malam nanti ada ulangan pukul 11 malam)
Courtesy of Adyanny 

Courtesy of Umairah Jozannerz

Okaylah permulaan rancangan memang kelakar. Johan & Zizankononnya tweet kutuk-mengutuk sesama sendiri.

                               JOHAN: Hidung Zizan semakin kemek.
                               ZIZAN:  Rambut Johan macam penyapu.
                               JOHAN: Nak beli Evo10 nak lawan Zizan.

Ada lagi la tapi teman tak ingat...sesuai la dengan tajuknya BAHANA LAMAN SOSIAL. Lepas tu Johan pun pura-pura jadi Dato' Fazilah Kamsah macam dia selalu buat dan dia perkenalkan Dato' Fazilah Kamsah sebagai tetamu...haha...katanya "tetamu yg lahir bulan tujuh dan tak berapa besar orangnya". Selamba je Johan :) Lepas tu barulah Fazilah Kamsah ambil alih dan dia pulak perkenalkan tetamu seterusnya, "Mael Lambong!"

Nampak benarnya Dato FK minat Mael Lambong...katanya kalau ikut kajian dia, Zizan lahir bulan 4 jadi orangnya buat apa pun laju, tapi cepat juga menyesal. Lepas tu katanya Zizan ni elok kalau setiap hal tu bincang dengan isteri. Tapi kata Zizan, "Saya single lagi macam mana?" Teman rasa muslimah-muslimah kat studio tu semuanya dalam hati nak berlari hantar borang dah kat Zizan...hehe...tp kena cover-cover la..(jangan marah bergurau haaa)

Dato FK pun banyak tanya la dengan Zizan pasal nama ayah, mak dan abang Zizan. Kira peminat juga Dato FK ni..cayalah.

Banyak soal-jawab jadi teman rangkumkan yang penting la. Dari pengamatan teman, Johan ni quite a private person. Sebab tu kita tengok dia tak banyak share di Twitter atau FB. Tapi yang respeknya dia kata dia dah ada isteri, jadi tak perlulah dia tercari-cari sesuatu di laman sosial. Yalah betul jugak tu. Bagi Zizan pulak ~ peminat setia yang follow kerjaya dia memang tahu yang dia suka kaji feedback di Twitter dan FB. Dia cakap dia selalu baca komen-komen peminat untuk dia belajar dan perbaiki diri.Cuma katanya dia tak ada banyak masa dah sekarang untuk layan benda ni...nanti tak jadi kerja jadinya(macam terasa la pulak..hehe)

Satu perkara lah, korang pernah fikir tak? Bagi kita tweet pada Zizan tu seronok. Tapi kita tak tahu apa orang tweet pada dia. Bayangkan dalam berjuta tweet yang memuji, berapa banyak yang menghentam dia? Jadi tweeting bagi dia mungkin ada cabarannya di samping nak jawab 850 ribu yang masuk...ni pada firasat teman lah...hehe...Sebagai cikgu, teman pun selalu cuba nak selami jiwa orang lain, bukan Zizan je ;)


Satu yang menarik tapi perlu kita fikir dulu. Kata Zizan, dia percaya pada pepatah Cina. "Sahabat yang baik adalah sahabat yang menghina kita."Tapi kita tak boleh ambil secara harfiah atau literal...cewah terselami jiwa la pulak...haha. Maksudnya bukan dia suruh kita hina dia.Maksudnya kalau dia tersilap tegurlah dengan baik. Yang dia kata musuh tu maksudnya orang yang memuji walaupun terang-terang apa yang dia buat tu silap...Dan jelas la lepas tu dia ada cakap, "Saya sedih bila ada orang kutuk walaupun kita dah berusaha hiburkan hati orang sampai berjaga 4-5 pagi"...atau lebih kurang la..apa pun banyak yang boleh kita belajar dari insan yang dipanggil Zizan Raja Lawak ni ;)

Kata Dato FK dalam menangani komen-komen negatif dan juga cabaran menjadi artis, kena banyak berdoa. Balas Zizan pulak,  dia memang percaya dengan doa, sebab dia berdoa nak berhenti merokok dan Alhamdulillah dah tiga tahun berhenti. Yang patut kita ingat, kata Dato FK,  bila berdoa lepas solat, jangan tinggalkan sejadah. Berdoa atas sejadah tu lebih hikmahnya...Dan satu ingatan pada diri sendiri,  pesan Dato' FK bila update status jangan banyak mengeluh pasal masalah kita...aiseh terasa pulak teman..hehe


Tiba-tiba kata Dato FK, "Jozan ni tak berapa nak betul, jadi perlu dibetulkan"...haha...lepas tu dijemput Ustaz Haslin yang boleh tahan lawak dan pandai nyanyi Hindustan pulak tu untuk buat ulasan topik ni. Kalau kita amati sepanjang perbincangan ni, Johan karektor dia tegas dan objektif,dia jenis kurang terkesan dengan komen orang tapi Zizan yang macam kita kenal memang lebih emosional dan ekspresif...so patutlah gandingan JOZAN ni serasi sebab saling melengkapi...hehe...dah bunyi macam Cik Mulan Syahbanu pulak rasanya..

Okaylah kata Dato' FK tadi, kalau berlaman sosial jangan sampai jadi lalai, so teman stop kat sini dan akhir kata, teman besar hatilah...nampaknya dua insan yang kita minat ni bukanlah lawak kosong je...tapi dua-duanya berfikiran kritikal dan matang walaupun label yang diberi pada mereka adalah PELAWAK...tata..

PS: jangan lupa vote ZIZAN & JOZAN for SHOUT AWARDS k.. :)

Monday, 15 October 2012

Cara Mudah Merubah kursor


Korang semua mesti pening bila nak buat cursor kat blog..dah buat x jadi pulak..Aku pon same jer..so jom kite belajar melalui video di atas nie...
-.-"

Ciri-ciri anak Kedua...

Sapa anak number 2, bek hampa baca. Sebijik dak? 
aku tolak yg atas n yg bawah skali ja... hahaha

ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.
♥ Anak no.2 ♥ ^_~





P/S:sama x dengan korang yang anak ke-2..

Sunday, 14 October 2012

Bawa gajet ke sekolah..


ISu PeLaJar Boleh Bawa TeleFon,GaJet ke Sekolah


Assalammualaikum..
dh lama nak uat entry mengenai iSu ni,sekarang baru berkesempatan..
Ikutkan dah ramai blogger yg buat entry mengenai isu ini dan rata2nya tidak bersetuju dengan isu ini..Korang plak mcmmana setuju ke x?rasanya pada budak sekolah mmg xde bantahan la kot diorang lagi suka dapat bawa benda2 canggih ni ke sekolah..Aku pernah masuk ke satu blog ni yg turut membincangkan isu ni mengikut perspektifnya sebagai pelajar sekolah..Dia setuju sangat kalau dapat bawa telefon bimbit ke sekolah sebab senang kalau tertinggal bas boleh telefon mak ayah..sebab telefon awam byk yg rosak..hehehe begitulah alasannya..bagi pandangan aku la kan aku memang tidak bersetuju langsung dengan cadangan pelajar sekolah boleh bawa tepon dan gadget2 lain ke sekolah..sebab aku rasa banyak keburukan dari kebaikan..

Pertama sekali kita lihat dari segi Kebaikannya dulu yer..
1-Jika Pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit maka ianya memudahkan mereka menghubungi ibu bapa mereka jika ada kecemasan begitu juga sebaliknya.
2-Seterusnya selepas ini x perlu la wujud buku nota dan sebagainya kerana para pelajar hanya perlu merakam suara ataupun video guru mereka yg sedang mengajar..jadi bila nak ulangkaji tengok je video tuh balik hahaha..
3-Seterusnya tengok gambar dibawah...hehe
4-X de idea dh hahaha..ada lagi ke kebaikannya??sila komen yer..

Keburukannya
1-Kes Kecurian telefon/gadget mula berlaku
2-Guru mengajar didepan pelajar pulak sibuk bersms/berfacebook,bertwitter secara diam2 di belakang cikgu..
3-Menggangu tumpuan pelajar lain sewaktu belajar ataupun ketika sedang menjawab peperiksaan,dimana ramai pelajar lupa nak off dan silentkan tepon masing2 maka mcm2 nada dering dan bunyi mesej yg akan kedengaran..
4-Akan bermulalah 1 trend dimana semua pelajar berlumba-lumba untuk mendapatkan tepon dan gadget2 canggih seterusnya berlagak ngan kwn2 kt sekolah..
5-Wujud jurang antara pelajar kaya dan pelajar miskin..
6-pelajar miskin akan berasa rendah diri kerana x mampu untuk mendapatkan hp/gadget2 yg canggih..
7-makin banyak lah video2 x senonoh pelajar sekolah masuk kt You Tube..
8-korang pikirla sendiri hehehe
Kalau teringin sangat nak bawa tepon dan gadget2 lain ni masa pergi belajar senang je tggu sampai masuk Universiti/Kolej haha masa tuh nanti bawa la puas2 xde sape nak halang dah..

Saja nak kongsi cite ni Masa aku belajar kat UM dulu pun ada gak kes kecurian laptop tau.Alkisahnya laptopnyer hilang di surau..masa ni die tinggalkan beg nya dan laptop di surau n kemudian dia pergi ambil air sembahyang nak solat Asar rasanya masa tuh..sekejap je pun nak amik air sembahyang/wuduk tuh kan bukan lama tapi bila dia datang balik beg die dan laptop semuanya hilang..die tinggal sehelai sepinggang jer masa tuh..fuhh apa lagi menangis la jwbnyer..kecoh gak la masa tuh..lepas dari kejadian tuh semua pakat berhati-hati dh..
Jadi rasanya mmg byk keburukannya bwa tepon dan gadget ke sekolah..apapun kita tgu je keputusannya nanti..

jOzAN


PetiKaN Kata-Kata & Aksi JOZAN yg Sweet


Assalammualaikum..
okey..hari ni nak kongsi petikan kata2 dari JOZAN mengenai Diri,Keserasian dan Perasaan mereka terhadap satu sama lain..petikan kata2 mereka ni aku ambik dari Surat Khabar,Portal Online dan video2 mrk..x lupa juga mengenai aksi2 sweet mereka..Jom kita tengok apa yg JOZAN kata ^_^

1~Persembahan Lawak JOZAN menjadi kerana kami ikhlas dengan Jenaka yang dipersembahkan-JOZAN
2-Asas kepada keserasian kami adalah keikhlasan&Persefahaman.Selain sering berkongsi idea tentang sesebuah persembahan yg dijayakan, kami juga saling tegur-menegur dan ingat-mengingati antara satu sama Lain-(Zizan)
3-Keserasian ini bagaimanapun terbina atas sikap tolenrasi dan persefahaman yg kami amalkan sejak mula bekerjasama-(Johan)
4-Saya sendiri secara peribadi,suka akan apa yang dilakukan oleh JoHaN untukJOZAN-(Zizan)
5-Menurut Zizan Kemenangannya malam ini bukanlah untuk namanya saja Sebaliknya trofi juara (Super Spontan)adalah miliknya bersama Johan kerana itulah permulaan yg meletakkan namanya setinggi ini menerusi JOZAN-(Zizan)

6-Saya Sendiri Selesa bekerja berdua (bersama Zizan) kerana percantuman idea menjadikan lawak ditampilkan lebih kelakar -(Johan)
7-Bagi Saya Johan tetap JoHaN,meskipun begitu saya anggap kemenangan(Super Spontan)ini sebagai kemenangan JOZAN bersama-(Zizan)
8-Saya Sendiri memang jenis Susah mahu puas hati dan ketawa dengan lawak sendiri,Hanya JOHAN sahaja yg boleh buat saya ketawa- (Zizan)
9-Apapun Antara Saya dan ZizaN,kami masing-masing sudah cukup memahami-(JOHAN)
10-Sebenarnya Kemenangan ini (Super Spontan) adalah untuk JoHaN juga.Kalau tidak kerana JoHan,orang tentu tidak akan kenal JOZAN.Saya sifatkan JoHaN adalah pembakar semangat Saya untuk sama-sama membina nama.Saya gembira kerana Undian kami tidak jauh dan itulah bukti sokongan peminat yang yakin dengan kami berdua.-(Zizan)

11-Apa pun, Saya Sayangkan JoHaN kerana setiap kali antara kami punya Sejarah,Kami sudah lalui susah senang bersama-(Zizan)
12-Orang Luar sendiri boleh lihat bagaimana Akrabnya Hubungan saya dan Zizan-(JoHan)
13-Orang yang selama ini Zizan naik bersama-sama,Orang yang selama ini Zizan susah Zizan senang kami daki dan juga tak pernah bergaduh ini dia tepukan untuk Johan..Walau macam mana pun dia dah kahwin ke dia tak kahwin ke TAKDE ORANG BOLEH PISAHKAN ANTARA ZIZAN DAN JUGA JOHAN-(Zizan)
14-Rutin biasa yang kami lakukan sebelum mengadakan persembahan adalah bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain-(JoHan)
15-Walaupun saya menang ini juga milik JOZAN.... TAKKAN ADA ORANG BOLEH PISAHKAN JOZAN I LOVE YOU..-(Zizan)

Amacam sweet tak kata2 diorang nih..ayat paling touching mestilah ayat Takde orang boleh Pisahkan Jozan kan..dua kali Zizan cakap ayat tuh..first sekali masa besday Zizan pada 2011 dan yg kedua kali masa final Super Spontan..Walaupun JoHan x pernah cakap i love you ke apa ke kat Zizan tapi kita boleh tahu yg Johan sayangkan Zizan menerusi perbuatannya..Johan ni mmg jenis yg x tunjuk perasaan sayangnya atau emosinya secara terbuka berbanding Zizan..tapi kita dapat lihat menerusi perbuatannya antaranya :-

 JoHan buat Kejutan untuk Zizan
1)Penuh dengan Kenangan Manis, JOHAN hadir secara mengejut ke Besday Party Zizan(2011)dan membawa KEK berbentuk Kasut khas untuk Zizan secara tidak langsung membuatkan Zizan terharu..
2)Super Spontan Minggu ke-8 (2012)JOHAN menghadiahkan Zizan,Jaket berwarna Merah yg dibelinya di luar negara sebagai hadiah hari lahir Zizan ^_^

Seterusnya korang boleh perhatikan betapa sweetnya diorang dalam 2 episod rancangan Redah Kasi Pecah,bila diorang saling tolong menolong antara satu sama lain antaranya Zizan menolong Johan yg kena denda makan Peria tuh seterusnya Aksi Johan yg tolong Zizan coverline masa Zizan terjatuh tuh..dan banyak lagi..Ikutkan banyak jer kata2 dan aksi2 Jozan yg sweet2..tapi itu jela yg dapat aku kongsi kat sini..lain kali kita cerita lagi hehehe..apa pun Jozannerz Love JoZaN ^_^

P/s-pada sesape yg nak share apa2 yg ada dlm entry ni jgn lupe letak credit untuk blog ni penat den mencari segala petikan kata2 tuh semua haha.. =)

ZizAN..........


CoRat-Coret ANuGeRah BLoKBusTer~ZiZaN MeNaNG

Assalammualaikum...
Sape tengok AnugeRah BLoKBuster semalam??
Anugerah Blokbuster ni berbeza dengan anugerah2 lain sebab ianya bergantung pada undian dari peminat semata-mata. Rasanya semalam banyak kejutan yang berlaku..Orang yang kita sangka menang x menang, yang dijangka x menang tapi dia lah yang menang..rasanya semalam ramai Zizannerz/Jozanners yang gembira dengan kemenangan Zizan yang menang dan berjaya menewaskan Aaron Aziz tuh..sebab kalau ikut undian online nampak undian Aaron mengatasi Zizan dalam dekat seribu lebih undian..so aku pun bajet mmg Aaron Aziz yang menang..tapi kalau dh rezeki tuh tak ke mana kan..akhirnya dapat gak kat Zizan..ternyata ramai yg terkejut dengan Zizan sendiri pun terkejut..tahniah Zizan..rasanya undian untuk Zizan menerusi SMS lebih banyak dari Aaron dan akhirnya membuatkan Zizan yang menang.
Bagi aku of Courses la happy Zizan menang..tapi akan lebih happy lau JoHaN Pun menang sekali..sama2 dapat anugerah, sama2 naik pentas..sweet kan the best moment ever seandainya ianya benar2 terjadi..hope ianya akan jadi kenyataan dalam Maharaja Lawak MeGa 2012..amin..
kat mana2 pun di facebook apatah lagi twitter banyak yg memberi ucapan tahniah kt Zizan..cayalah..bagi aku keseluruhan Anugerah BlokBuster agak boring lah especially dari sudut persembahan walaupun dibarisi banyak artis hebat dan popular..Dari sudut pengacaraan rasanya gandingan ZiZaN,Afdlin Shauki dan Lisa Surihani menjadik jugak..best tapi tang pengacaranya jela..pembukaan dgn Zizan afdlin menari lagu Oppa Gangnam Style..okey la gak hehe..time Zizan dan Afdlin mengusik Lisa pasal Lisa yg pelat huruf 'R' tuh best hehehe..kesian lisa kena buli sikit2 ngan diorang haha..kenapa x gandingkan JOZAN mesti lebih gamat punya..sebab sebelum ni ada dengar ura-ura Johan pun jadi pengacaranya juga tapi ntah tetiba x de plak..
Antara kejutan yg berlaku bila Aaron Aziz kalah dan Zizan menang, kemudian Lisa Surihani, Maya Karin juga kalah ditangan Yana Shamsudin untuk ketagori Heroin terhebat..Tasya Shila juga membuat kejutan dengan mengalahkan Nadiya Nisaa dan Mia Sara untuk kategori Heroin Baru Terhebat..Fikree Bakar juga buat kejutan menang dalam kategori Penyangak terhebat mengalahkan calon favourite Khir Rahman. Malam tadi juga menyaksikan Shamsul Yusof menang besar..banyak anugerah yg dibolotnya..dasyat laa..terbaik..dari aspek persembahan pula,x berapa best laa..mcm salah gabungan jer..selain tuh artis yg menyanyi muncul sekejap sangat mcm Ziana Zain, Erra dan lain2..Patutnya Siti diganding dgn Ziana dan Erra mesti meletup 3 diva di satu pentas..tapi bila diasing-asing dah x best..Siti pakai baju ala2 hip hop tuh nampak mcm tembam lak..n rasanya suara siti x sesuai la nyanyi lagu Simetri tuh..tapi Bunkface nyanyi lagu Siti Falling in Love versi rock tuh best la plak hehehe..aku rasa diorang salah gandingkan artis untuk persembahan..x best bagi pendapat aku..huhuh..
emmm yang tuh jelaa kot yg nak aku komen pasal Anugerah Blokbuster ni..Tahniah pada yg menang..
gambar2 kat atas ni kredit kat Instagram Afdal Shahizad dan Facebook.

tweet JoHan...


Sesi Tweet Artis~JoHaN

Assalammualaikum..
sorry sejak dua menjak ni asyik cite pasal Twitter jer hehehe..bukan pe kat Twitter tuh meriah sikit sbb ramai yg sehati sejiwa hahaha..kalau baca mention we all kat sana semuanya pasal topik yg sama hahaha..kadang2 best gak merapu-rapu kat sana hehe..pagi tadi we all dlm beberapa org dgn gigihnya mention/tweet JoHaN Raja Lawak secara usahasama..rasanya dlm Twitter die asyik kuar nama kiteorg jer kot..Johan ni plak die ni unik sikit..die akan balas tweet2 yg die suka haha..tweet lain di baca jer haha yela kalau nk reply semua pening la jwbnya so sajalah seronok2 tweet die dan akhirnya die mention gak we all you..hehe apalagi beronok la jugak hahaha..die x cakap pe pun tpi janji die mention kan hahaha Cik Siti kita laa yg paling happy sekali haha nak pengsan gitu.okey la tuh janji die baca apa yg we all tulis kan..
nampak tak keterujaan tuh hehehe..giler x teruja kan..ingatkan Zizan online gak tengahari tadi tpi die x online la plak, baru nak buat rekod sejarah baru apabila dimention oleh JOZAN pada hari yg sama..haha tapi x berjaya lak haha..lepas dari peristiwa tuh byk gak we all mention haha rasanya penuh la tweet2 we all dlm twitter JOZAN tuh haha..sabor jer la kan..petang tadi plak ada sesi jwb soalan, den jadi wartawan jap menjawab soalan2 Jozannerz mengenai JOZAN haha..semua jawapan den cemerlang haha..ada  gak sesi merapu yg mana we all nk tubuh group #TanpaNama n ada gak yg percaya group tuh betul2 wujud siap nk join lagi hehe..we all merapu jer masa tuh..

apapun group we all yg rasmi yg rasanya Zizan pun tahu kewujudannya adalah Zizan Twitter Family satu lagi group yg baru dibuat tadi adalah GengJozanTerhebat..hahaha nti lau ade yg rajin bertweet mention2 la nama tuh mna tau dpt jadi trending ker hahaha baru gempaq u olls..Korang pi la singgah blog JOZAN FC Official k..best kt sana tau-> jozanrajalawakfc.blogspot.com